0

Bekas menteri Disiasat SPRM Punca Cek 300k

Sumbangan RM300k, SPRM soal siasat bekas menteri..

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.

Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.

Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.

Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan.
berita lanjut DI SINI
http://3.bp.blogspot.com/-tagnIw7BAoQ/TxWMIjL5skI/AAAAAAAAQyw/_3FIZEu0mdI/s640/cek.jpg
Baca Lagi
0

Tergempar!! Datuk T kena buktikan Anwar ada ilmu gerakan sejenak!

Kalau sebelum ini di dalam analysis yang dibuat di MiLo SuaM, Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim menggunakan teknik atau ubat tertentu untuk memanjangkan janggutnya, kerana di dalam video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim, jelas sekali dilihat bahawa lelaki mirip Anwar itu tidak memiliki janggut pada 21 Febuari 2011, sebaliknya semasa Anwar hadir di mahkamah keesokan harinya, beliau memiliki janggut yang lebat rujuk link ini [Kantoi janggut]. Mungkinkah Anwar memakai janggut palsu? Datuk T harus membuktikan fakta itu.

Kali ini nampaknya satu lagi bukti harus dikemukakan oleh Datuk T untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim benar-benar pelakon di dalam video seks tersebut. Datuk T harus membuktikan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ilmu gerakan sejenak, iaitu mampu berada di dua tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Ini berikutan video rakaman ucapan beliau pada malam 21 Febuari 2011 ada diupload oleh TV Selangor di Youtube.


Agak menghairankan bagaimana Anwar yang didakwa dirakam melakukan hubungan seks pada malam 21 febuari 2011, dalam masa yang sama beliau dilihat ada memberikan ucapan di hadapan hadirin di Temerloh Pahang? Sebenarnya dah lama video ini nak dikeluarkan, tapi kami telah berbincang untuk memilih waktu yang sesuai, dan hari ini adalah waktu yang sesuai untuk merungkai segala kekusutan yang melanda kah kah kah.

Rosak script Datuk T, rosak... kah kah kah...

Baca Lagi
0

Malaysiakini merayu sumbangan tangkis serangan

Pelayan (server) utama Malaysiakini yang terletak di pusat data TM dan Jaring hari ini terus dihujani serangan melalui rangkaian Internet hari ini sejak serangan pertama dilancarkan lebih 30 jam lalu.

Pelayan berkenaan tidak berfungsi sejak jam 11 pagi semalam. Malaysiakinimasih belum berjaya menangkis serangan tersebut yang berpunca dari beberapa pelayan lain di China.



Bagi menghadapi situasi ini, semua laporanMalaysiakini, termasuk dalam versi bahasa Inggeris buat masa ini disajikan secara percuma melalui perkhidmatan Wordpress dan Facebook.

Malaysiakini juga akan berhijrah ke pelayan baru. Kami sedang bekerjasama dengan pusat data baru dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan terutamanya bagi menghadapi beban rangkaian dari sumber yang mencurigakan.

malaysiakini bahasa malaysia version 081104 nash rahmanSesetengah pembaca bagaimanapun sudah dapat melayariMalaysiakini seperti biasa.
Sekiranya masih gagal berbuat demikian, anda dinasihatkan supaya memadamkan 'cache' di 'browser' (Bagi Firefox, sila ke 'Tools', klik 'Clear recent history', dan kemudian 'Clear now'. Bagi Internet Explorer, sila ke 'History', klick 'Delete browsing history', dan kemudian 'Delete').

Kami menjangkakan beberapa siri serangan akan diteruskan ke atasMalaysiakini dalam tempoh liputan pilihan raya negeri Sarawak sehingga Sabtu ini. Bagi menangkis serangan baru, Malaysiakini akan mewujudkan pelayan web dari lokasi baru untuk kandungannya.
Malaysiakini mengalu-alukan sumbangan anda

Bagi menjamin tahap keselamatan yang lebih kukuh, Malaysiakinijuga memerlukan dana tambahan. Dana berkenaan akan digunakan bagi membina beberapa pelayan baru bagi meningkatkan kapasitinya. Peningkatan pembaca pada minggu lalu menunjukkan Malaysiakinidilayari sekitar 500,000 pembaca sehari berbanding purata 300,000 sehari.
NONEPembaca boleh menyumbang menerusi saluran berikut:

Kad Kredit


Pembaca boleh membuat sumbangan dengan kad kredit melalui panggilan telefon 03-2284 3367 mulai jam 9 pagi hingga 7 malam. PetugasMalaysiakini akan memohon butiran kad kredit anda.

Maybank2u

Di bawah 'Bill Payments', pilih "All Payee". Kemudian skroll ke "Malaysiakini.com"
ATM Maybank

Di mana-mana ATM Maybank, dana boleh dipindahkan kepada Akaun Semasa Mkini Dotcom Sdn Bhd, No: 514178153586

PayPal


Ahli PayPal boleh membuat pindahan wang online kepada MKINI DOTCOM SDN BHD atau email subscribe@malaysiakini.com.

Cek/Kiriman Wang


Sila buat bayaran atas nama Mkini Dotcom Sdn Bhd dan poskannya kepada Malaysiakini, 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur, Malaysia

Sumbangan Tunai


Sumbangan tunai boleh diserahkan kepada pejabat kami di 48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
Baca Lagi
0

Taib yakin BN menang dua pertiga

KUCHING: Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula esok dengan anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab
mereka menjelang hari pengundian sebenar tiga hari lagi.

Pengundi pos berjumlah 18,363 daripada 979,796 pemilih berdaftar. Tempoh 72 jam akan datang menyaksikan kempen memuncak tatkala Barisan Nasional (BN) berusaha mempertahankan kawasan yang dikuasai mereka daripada dirampas pembangkang yang diterajui parti berpangkalan di Semenanjung - DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya negeri Sabtu ini kerana kawasan-kawasan Bumiputera tetap bersama kerajaan. Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata beliau juga nampak perubahan dalam sokongan daripada pengundi Cina di beberapa kawasan yang dikatakan "hitam" kerana kalangan pengundi Cina, yang berusia 35 tahun ke atas berpendapat
masyarakat itu perlu ada wakil dalam kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN pusat dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan meneruskan kempen mereka di kawasan masyarakat Dayak di pedalaman dan kawasan bandar majoriti kaum Cina. Kedua-dua mereka mempunyai program berasingan di Miri di mana Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti yang mewakili kaum Cina dalam komponen BN negeri,
terbabit dalam pertandingan dengan DAP di kerusi-kerusi majoriti kaum Cina. Antara kawasan berkenaan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri Piasau yang akan dipertahankan oleh Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan.Perdana Menteri juga dijadual melawat Sibu sebelum kembali ke Kuala Lumpurpada Jumaat.

Sementara itu, Parti Cinta Malaysia (PCM), yang julung kali bertanding dalam pilihan raya negeri dengan meletakkan 10 calon, mengingatkan rakyat Sarawak akan bahaya yang menanti mereka sekiranya mereka mengundi pakatan pembangkang DAP,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Naib Presiden PCM yang berpangkalan di Pulau Pinang, Huan Cheng Guan berkata jika pakatan pembangkang mengambil alih Sarawak, mereka akan bawa masuk orang mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk 'cari makan'".Beliau berkata DAP telah berbuat demikian di Pulau Pinang apabila mereka mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 2008 dan telah memberi layanan buruk kepada penduduk negeri itu. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata sebanyak 250 lagipermit ceramah dikeluarkan dalam tempoh 24 jam lepas dan beliau sekali lagi
mengingatkan parti-parti agar tidak menyentuh soal sensitiviti kaum. -- BERNAMA
Baca Lagi
0

Dato Ahmad Maslan menyerang lanun di Sarikei


Program Dato Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga kebajikan dan hal ehwal Felda.


Kami menyambut kedatangan Dato Ahmad Maslan di terminal 2 feri Sarikei di mana kami dimaklumkan bahawa, malam sebelum itu Dato Ahmad Maslan telah pun berkunjung ke beberapa buah perkampungan pendalaman Sarawak untuk mendekati rakyat di sana.





Malah dalam program itu juga, saya difahamkan bahawa Dato Ahmad Maslan turut bermalam di rumah-rumah kampung di sekitar pendalaman.



Ketibaan Dato Ahmad Maslan di jeti feri disambut oleh saya dan Bro Jinggo dan beberapa rakyat tempatan. Selepas menyambut beliau, saya sempat mengikuti program Dato Ahmad Maslan ke rumah panjang yang terletak di DUN N35 Belawai.


Dalam program tersebut yang turut disertai calon untuk Dun terbabit iaitu Datu Len Taliff Salleh disambut meriah oleh 200 penghuni rumah panjang tersebut yang rata-rata dari mereka berketurunan Iban.


 Ucapan Dato Ahmad Maslan di rumah panjang ini sangat padat dan pedas, di mana Dato Ahmad Maslan terus menyerang parti-parti lanun yang cuba mengugat keharmonian rakyat Sarawak.



Clon N35 Belawai.
Dalam ucapannya juga, Dato Ahmad Maslan menerangkan kepada penghuni rumah panjang banyak perihal buruk mengenai pakatan lanun. Antaranya tindakan beberapa pemimpin utama PKR yang bertindak keluar parti sedangkan ianya tidak berlaku dalam BN.




Selain itu Dato Ahmad Maslan turut menerangkan perihal subsidi yang diberikan kepada semua rakyat oleh kerajaan BN. Penduduk rumah panjang dilihat masih mempercayai kemampuan BN untuk memerintah Sarawak.

Ini berdasarkan laungan semangat "1 Malaysia!!" dan "Hidup BN!" oleh 200 penghuni rumah panjang tersebut.

Saya mengakui kehebatan Dato Ahmad Maslan dalam menyampaikan ucapannya sebentar tadi, di mana penghuni rumah panjang dilihat faham bahawa kerajaan BN sentiasa membawa pembangunan kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, Dato Ahmad Maslan menyerang manifesto parti lanun yang dianggap sebagai janji kosong bersandarkan kepada angan-angan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun mereka memerintah.
Baca Lagi
1

Laungan (Tukar Perintah) Dapat Sambutan Luar Biasa

KUCHING 11 APRIL : Siri kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri ke-10 mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Bumi Kenyalang walaupun tempoh kempen masih berbaki lima hari.

Sama ada di Kampung Samariang atau di Kampung Sorabaya, Pantai Damai mahupun Batu Kawah rakyat daripada pelbagai suku kaum Melayu, Cina, Melanau dan Iban berpusu-pusu menuju ke lokasi ceramah Pakatan Rakyat hingga bersesak untuk mendapat tempat berdiri.

Di Batu Kawah lebih 20,000 berhimpun mendengar kempen pemimpin- pemimpin Pakatan terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga menyebabkan kesesakan trafik sepanjang lebih 15 kilometer.

Di Kampung Sorabaya lebih 3,000 pengundi Melayu berkumpul dengan penuh semangat menghayati amanatnya.

Isu yang diketengahkan beliau adalah ringkas dan senada sepanjang jelajah beliau ke seluruh negeri Sarawak sejak 29 Mac lalu - tanah dan balak.

NONE
Berputar sekitar dua isu asas yang bersangkutan dengan hidup mati dua juta rakyat Sarawak, Anwar mendedahkan kepincangan, salah guna kuasa serta kerakusan pemimpin Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud atau lebih dikenali sebagai Pak Uban atau Pek Moh dalam istilah bahasa Cina.

Di bandar dan di kampung bermula di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Lawas, Sri Aman Anwar membuat perbandingan di antara kehidupan mewah dan kekayaan melimpah ruah yang dinikmati oleh segelintir kecil pimpinan BN dan kesengsaraan dan kemiskinan yang membelit kehidupan rakyat marhaen tanpa mengira kaum.

Anwar mahu rakyat Sarawak menghilangkan rasa takut dan bangun menuntut sekaligus mempertahankan hak dan harta mereka dari terus dieksploitasi oleh BN sejak hampir 50 tahun lalu.

Beliau juga mahu rakyat memikirkan bagaimana sebuah negeri yang paling kaya ketika menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963 kini menjadi negeri keempat termiskin di Negara ini.

Logiknya keadaan ini sepatutnya mustahil berlaku kerana Sarawak mempunyai kekayaan semulajadi yang luarbiasa dalam bentuk minyak, gas, balak, keluasan tanah yang menakjubkan.

NONE
Bagaimanaoun hakikatnya 48 tahun berada dalam Persekutuan, BN gagal bukan sahaja menjaga amanah hasil bumi Sarawak malah melapahnya untuk kepentingan sendiri.

Kini, kata beliau, BN terpaksa menghadapi rakyat bagi kali yang ke-10 untuk mendapat mandat baru memerintah negeri ini pada 16 April depan dan hanya rakyat yang berkuasa menjadikan laungan “tukar perintah” menjadi kenyataan.- tvs
Baca Lagi
0

DDos Menyerang Sarawak Report

Lamanweb anti-Taib Mahmud - Sarawak Report - yang menyiarkan artikel dan pendedahan terhadap ketua menteri Sarawak itu, menjadi sasaran serangan hebat siber semalam.

Malah, usaha Malaysiakini untuk mengakses ke lamanweb tersebut juga tidak berjaya.

NONE"Ya, kami boleh mengesahkan lamanweb kami menjadi mangsa satu 
serangan besar," kata pengasasnya, Clare Rewcastle Brown kepadaMalaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Brown berkata serangan tersebut semakin meningkat sepanjang minggu lalu, dan ianya memuncak semalam di UK dan kemudiannya merebak ke seluruh tempat.

Katanya, pakar internet berkata ianya ialah serangan DDos (Distributed Denial of Service), jenis yang menyerang Wikileaks sebelum ini.

Melalui serangan DDoS, program-program di server atau komputer peribadi akan menghujani berulangkali pada server lamanweb dengan permintaan untuk melayari lamanweb terbabit, sehingga melepasi tahap kemampuan responnya.

Brown membayangkan beliau percaya serangan itu mungkin berasal dari Taib atau BN.
Baca Lagi
0

‘ubah’ dijaja pembangkang pada pilihan raya negeri ke-10 sudah lapuk


Slogan ‘ubah’ dijaja pembangkang pada pilihan raya negeri ke-10 dianggap sebagai kata-kata lapuk kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama memperkenalkan perkataan itu, tetapi dengan makna lebih besar iaitu transformasi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pembangkang meminta pengundi ‘ubah’ tetapi tidak menyatakan apa yang perlu diubah.

“Mereka kata ubah, tetapi tidak bagi tahu apa yang berubah melainkan mahu ambil alih kuasa mentadbir negeri ini daripada BN.

“Tetapi, adakah kita tahu perubahan itu akan menjadikan kita lebih baik?” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam 1Malaysia, di sini, malam tadi.

Turut hadir, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh, Dr Annuar Rapaee (Nangka), Vincent Goh (Pelawan) dan Datuk Seri Tiong Thai King (Dudong).
Baca Lagi
0

Pakatan Rakyat akan beri kejutan hebat di Sarawak- Anwar Ibrahim


LIMBANG: Pakatan Rakyat akan memberi kejutan yang hebat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada 16 April ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru beliau menyeru jentera Pakatan Rakyat supaya turun ke seluruh pelusuk negeri Sarawak sepanjang kempen pilihan raya itu, sekiranya mahu kemenangan mereka direalisasikan.

“Setiap calon-calon Pakatan itu adalah calon kita. Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Ini merupakan semangat muafakat dan strategi kempen yang perlu diatur supaya tiada mana-mana kawasan pun yang tertinggal untuk mendapat maklumat.

“Saya yakin Pakatan Rakyuat akan memberi kejutan yg hebat pada pilihan raya Sarawak kali ini. Sehingga kini, di kebanyakan tempat, calon kita tidak hilang atau dibeli dan Barisan Nasional tidak menang percuma,” katanya semasa melawat bilik gerakan Keadilan dan DAP di pekan Limbang, semalam.

Terdahulu sebelum itu, Anwar yang dalam lawatan padatnya bagi membantu kempen di Sarawak, melawat pusat penamaan calon di Dewan Tertutup Limbang bersama calon Batu Danau, Dr Lau Liak Koi.
Anwar turut bertemu masyarakat Iban di rumah Panjang Lubok Simpor dan Jembatan Lubai dekat Lubai Tengah.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, masih ada lagi kawasan yang perlu digempur jentera parti, terutamanya di kawasan yg didiami penduduk berketurunan Melayu Islam.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah penumpuan di kawasan-kawasan Melayu.
“Berbanding orang Dayak dan Bidayuh yang menunjukkan sokongan padu, orang Melayu perlu diberikan keyakinan.

Mulai sekarang, tiada masa untuk  rehat kepada kita. Kita perlu bergerak terus untuk mencapai kemenangan,” tegas Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10856
Baca Lagi
0

Tiada Pilihanraya di Lenggeng

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.
Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.
Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.
Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini. Sumber)
Baca Lagi
0

DUN Sarawak bubar 21 Mac 2011

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berlepas pulang selepas lawatan sehari ke Sarawak sebentar tadi.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam masa terdekat. Berita Harian
Baca Lagi
0

Ada siapa hairan PAS kalah di Kerdau Dan Merlimau ?

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BN PERTAHAN DUN MERLIMAU, KERDAU...Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad (empat dari kanan) meraikan kemenangan BN di DUN Merlimau manakala gambar bawah menunjukkan calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (dua dari kanan) diraikan selepas menang dengan majoriti besar. - Foto NSTP
Baca Lagi
0

Apa pun jadi bila terdesak


TEMERLOH, 5 Mac: Tidak sampai 24 jam menjelang pilihan raya, jentera Umno dianggap ketandusan isu apabila menyerang peribadi Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dengan menggunakan akhbarnya, Utusan Malaysia, Umno menyerang Tuan Ibrahim dengan menuduhnya membeli tanah seorang peneroka Felda sehingga menyebabkan pemilik asalnya merempat.

Utusan melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.

“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi.

Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda.

"Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau.

Isu besar di Kerdau kini adalah kegagalan kepimpinan BN negeri menguruskan Pahang sehingga diambang bangkrap berdasarkan hutang dan jumlah perbelanjaan yang jauh lebih besar dari hasil negeri.

Melihat kepada keadaan di Kerdau, ramai percaya bahawa Pahang sememang diambang bangkrap jika usaha menyelamatkan ekonominya tidak dibuat segera.

Namun Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang tidak bangkrap (gambar) dan berkata bukan Pahang sahaja yang berhutang, negeri lain juga banyak hutang.

Jawapan ini disifatkan Tuan Ibrahim sebagai jawapan Pak Pandir dari Adnan sebagaimana jawapan Pak Pandir apabila diberitahu anaknya mati dengan berkata, "Anak orang lain pun mati juga."

Adnan dalam laporan akhbar Umno itu berkata, beliau juga mendengar cerita Tuan Ibrahim membeli tanah itu tetapi dia tidak dapat mengesahkannya kerana kebenaran perlu didapatkan dari beliau jika tanah Felda hendak dijual.

"Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim.
"Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim.

Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli.
sumber:-sedakasejahtera
Baca Lagi
0

Kereta mewah pengiring RM1 JUTA


Masa dulu, kalau nak pergi ceramah saja, mesti naik kereta buruk... bukan setakat buruk, tetapi BURUK NAK MAMPUS! Konon-kononnya sebagai pejuanglah... konon-kononnya sebagai isyarat lebih dekat dengan rakyat marhaein. Dan konon-kononnya pejuang seperti mereka, tidak memerlukan kemewahan dan bukan kemewahan yang dicari.


Tetapi itu dulu... beberapa belas tahun lampau. Sekarang, sudah lain. Masuk ke kampung pun tunjuk hebat dengan MENATANG BERHARGA RM1 JUTA. Punyalah nak menunjuk-nunjuk parking pula betul-betul di hadapan jalan masuk ke lapangan ceramah.


Orang kampung tidak berasa kagum langsung dengan kereta mewah tersebut sebaliknya MELUAT. Dan ianya tidak setakat meluat kepada pemilik kereta berkenaan yang langsung tidak faham tentang hati budi, budaya dan resam penduduk luar bandar.


Agak aneh, mereka sangat terpelajar dengan taktik untuk mengambil hati tetapi apabila lama-kelamaan, mereka mula menunjukkan belang mereka yang sebenar. Amat malang kerana ia tidak memberi imej yang baik kepada parti yang mereka wakili, sebaliknya memberikan impresi yang sangat buruk seolah-olah kedatangan MENATANG BERHARGA RM1 JUTA itu menghina orang kampung yang ingin mendengar ceramah yang hendak disampaikan?


Dalam cerita hebat tentang perjuanganlah, semangatlah, apa balalah, akhirnya yang dipersembahkan kepada penduduk kampung adalah satu kebohongan yang nyata. Yang terpamer di mata orang kampung adalah sebuah kemewahan yang tidak mungkin dapat mereka kecapi. Orang yang datang berceramah itu sebenarnya adalah PEMBOHONG BESAR apabila bercerita tentang perjuangan, sekalipun yang datang bawa kereta mewah itu bukanlah dia, sebaliknya pengiringnya!!! sumber:theflyingkick
Baca Lagi
0

Anwar tuju 'Tiru macam saya' kepada 'seseorang'

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya turun ke DUN Merlimau sejak kempen pilihan raya kecil bermula Sabtu lalu menegaskan beliau tidak pernah bermusuhan dengan Umno, lapor TV Selangor.

NONESebaliknya, ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.

"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.


Ini ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, yang juga adalah ahli jawatankuasa Umno Jasin dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah, timbalan ketua pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

ali rustam and umnoDalam ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Musuh peribadi

"Bukan saya yang serang peribadi Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Usaha Anwar itu dilihat sebagai meraih sokongan masyarakat Merlimau yang dikatakan sebagai kubu kubu kuat Umno-BN itu.

Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.

rosmah mansor singingLagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennya dilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"
Harakahdaily pula melaporkan Anwar juga membuat kejutan dengan mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan rejim Israel yang didakwa ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu.

"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

azlan"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
RM88 bilion dibawa keluar negara
Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.
NONEAnwar juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.
Bangkit buat perubahaan

Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.

dr siti mariah interview 300408 01"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk," katanya.

Ahli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.

"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.

"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya.
- mkini
Baca Lagi
0

Media ramal DUN Sarawak dibubar 19 Mac!!


KUALA LUMPUR, 2 Mac — Spekulasi semakin kencang dengan desas-desus terbaru mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka ruang kepada pilihan raya negeri yang ke-10.

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengadakan konvensyen negeri Sabtu ini dan ia dilihat sebagai petanda jelas pembubaran akan menjadi kenyataan bulan ini selepas spekulasi mengenainya bermula kira-kira setahun lalu.

Kini BN memberi tumpuan ke atas dua pilihan raya kecil serentak di Semenanjung dengan hari pengundian berlangsung Ahad ini.

Laporan The Star hari ini menyebut DUN Sarawak akan dibubarkan pada 19 Mac dan kemungkinan hari pengundian pula 9 April.

Mandat semasa hanya akan berakhir 23 Julai ini sementara Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud terus dengan gaya beliau membiarkan orang ramai membuat spekulasi demi spekulasi mengenai kemungkinan tarikh pembubaran.

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber berkata kepimpinan BN pusat yang mengadakan mesyuarat bulan lalu menjangkakan pilihan raya negeri, yang menawarkan 71 kerusi, akan diadakan awal April.

Menurut laporan akhbar itu hari ini menyebut DUN akan dibubarkan pada 19 Mac manakala penamaan calon diadakan pada 2 April dan disusuli dengan tarikh pengundian 9 April.

Akhbar itu memetik Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata, “sebarang tarikh sebelum Julai mungkin.”

“Ketua Menteri telah meminta kami agar bersedia. Dan kami sudah pun bersedia,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Setiausaha Agung BN Sarawak Stephen Rundi berkata, jika pilihan raya hendak diadakan pada 9 April, BN “sudah bersedia untuk bertarung.”

“Sebenarnya saya tidak tahu-menahu tarikh pembubaran. Ia bergantung pada Ketua Menteri bila hendak memanggil pilihan raya tetapi kami sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen tidak mahu membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya.

“Kami akan melakukan yang terbaik dan kami bersedia sepenuhnya dan bertanding habis-habisan,” katanya lagi.

Setiausaha Agung Parti Nasional Sarawak Stanley Jugol percaya pilihan raya akan diadakan April ini.

“Kami sudah meramalkan pilihan raya tidak akan diadakan lewat daripada bulan April. Kami sudah bersedia untuk menghadapinya jika ia diadakan,” katanya lagi.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006 dengan DUN dibubarkan pada 24 April manakala penamaan calon 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada 25 Februari lalu, Taib berkata BN Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima.

“Sudah… sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.                                             sumber:::pemudasarawak
Baca Lagi