Nasharudin Mat Isa Nafi Bakal Sertai UMNO

SEPANG 16 Ogos - Ahli Parlimen Bachok Nashrudin Mat Isa menafikan sama sekali berhasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO dalam masa terdekat ini.

Bekas Timbalan Presiden PAS itu menjelaskan, perjumpaan yang beliau adakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah baru-baru ini adalah atas jemputan Ulama' di Negara tersebut bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat meminta semua pihak agar tidak terlalu awal membuat sebarang spekulasi jahat sehingga menjejaskan kesetiaan beliau terhadap perjuangan Parti.

Nasharudin berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi.

Beberapa Pemimpin PAS sebelum ini mempertikaikan tindakan Nasharudin membuat kenyataan gesaan terhadap Parti tersebut agar keluar dari Gabungan kerjasama PKR dan DAP susulan kenyataan tegas DAP berulangkali menentang perlaksanaan Hukum Hudud.

1 ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan