Pelatih pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dijangkiti virus Influenza A (H1N1)

Intan: Dua pelatih pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dikesan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di pusat latihan Institut Tabiran Awam Negara (Intan) di Ipoh. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mereka dikuarantinkan dan perkembangan mereka dipantau.
“Kami mengenal pasti daripada 109 pelatih di pusat itu, 52 mereka mengalami batuk dan demam yang sederhana tetapi mereka tidak mengalami H1N1.

“Ini bukan satu satu penularan, ia hanya antara kumpulan tertentu dan saya akan pastikan tindakan diambil supaya tiada penularan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ‘Skipping For Health’ (Melompat untuk Kesihatan) di sini.

Liow menggesa orang ramai supaya mengambil berat tentang kesihatan dan kebersihan mereka bagi mengelakkan daripada terkena virus itu yang boleh menyebabkan kematian.


“H1N1 sentiasa ada di negara ini. Pastikan membasuh tangan anda dan sekiranya anda mengalami batuk atau deman, jangan bercampur dengan mereka, dan pakailah pelindung,” katanya.
Beliau menambah, rakyat Malaysia yang merancang untuk ke negara yang bersuhu rendah dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin kerana cuaca seperti itu dapat membuatkan mereka mudah terdedah kepada virus berkenaan.

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan