0

Punca Sultan Selangor Pilih Khalid Sebagai MB Tersebar


SHAH ALAM, 14 Mei — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959,” katanya.

Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.

“Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan,” katanya. ~bernama
Baca Lagi
0

Kelebihan lawan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

Ini adalah DR Mazlan, pesaing Anwar Ibrahim di P.44 dan juga satu lagi calon Bebas yang merupakan seorang doktor perubatan. Kalau nak dibandingkan dari segi saiz, memang Dr Mazlan kecil orangnya berbanding Anwar.
Kalau nak dibanding kan dari segi populariti pula memang tak terbanding antara Anwar dan Dr Mazlan. Tak ada sesiapa kenal Dr Mazlan sebelum ini selain daripada beberapa orang Pas di Pulau Pinang yang pernah bersamanya dulu ketika beliau masih berpandangan bahawa Umno adalah sebuah tong taik yang kotor.
Tapi baru-baru ini atau lebih tepat lagi semalam aku tengok liputan mengenai beliau terpampang agak lama dalam TV3. Menemuramah Dr Mazlan sambil dia bersama dengan Dr Asri, seorang ulama muda yang juga berasal dari Mengkuang, di daerah yang sama di sana.


Mungkin ada sedikit unsur-unsur menarik perhatian dan menumpang populariti Dr Asri yang memang dah terkenal lantang di seluruh negara juga punyai ramai peminat.
Sebenarnya TV3 telah berkempen untuk Dr Mazlan bagi memastikan ramai orang tua di Permatang Pauh yang tidak pernah tinggal menonton TV3 terutamknya waktu berita utama mengenali calon BN. Dalam bab ini mereka ada kelebihan kerana orang tua di sana kebanyakannya tak reti baca FB atau Blog atau twitter.
Bila mereka hanya tonton TV, apa yang dipaparkan adalah BN baik, islamik, hebat, the only one yang mampu tadbir Malaysia.
Sebaliknya, PR atau lebih tepat lagi Anwar Ibrahim adalah perosak negara, kaki liwat, kaki seks, penipu, janji kosong, pengkhianat negara dan seribu satu maca lagi perkara buruk yang diketengahkan. Itulah juga yang masuk ke dalam otak orang tua-tua kampung. Itu realiti dan tidak boleh dinafikan betapa peranan media sepeti TV3, RTM dan lain-lain mempengaruhi mereka yang buta IT.
Sepatutnya media tersebut bertindak sebagai lidah rakyat setelah Parlimen dibubarkan. Tidak ada kerajaan sekarang dan semua benda atau harta seperti RTM, TV3 perlu memihak pada rakyat dengan menyalurkan perkara betul dan seimbang.
Mustahil tak ada berita baik tentang Anwar untuk dipaparkan pada rakyat kerana rakyat berhak tahu semua itu untuk membuat pilihan yang baik demi negara. Tapi malangnya itu semua tidak berlaku.
Anwar Ibrahim terpaksa keliling negara untuk berkempen bagi pihak Pakatan Rakyat dan meninggalkan Permatang Pauh sedangkan Dr Mazlan pusing kampung hari-hari di samping pertolongan segala media yang ada untuk membantunya.
Keadaan calon DUN pakatan rakyat yang agak lemah bertanding menentang BN di Permatang Pauh menambahkan lagi kelemahan kempen PRU-13 di sana. Rakyat kampung banyak yang condong untuk pangkah parti sama dalam Parlimen atau DUN.
Jika DUN mereka pangkah BN, alamat Parlimen akan dipangkah BN juga. Ini sedikit sebanyak akan menggangu prestasi Anwar di sana.
Anwar memang popular di seluruh negara, tapi antara At Burger berbanding Anwar di kampung Penanti, lebih ramai yang akan selesa dengan At Burger kerana bukan saja dia sering melilau naik motor jumla semua orang kampung, malah dia tak kedekut memberikan bantuan daripada budget kerajaan yang disalurkan padanya sebelum ini.


Baca Lagi
0

Ziela Jalil Turut Berkempen Habis-Habisan

Meskipun tidak bertanding untuk mana-mana parti politik atau kawasan, pelakon Ziela Jalil akui dia kini tetap berkempen habis-habisan untuk parti pilihannya iaitu Barisan Nasional (BN).
Ziela Jalil berkata sempena Pilihan Raya Umum yang ke 13 (PRU 13) ini, dia sedang aktif berkempen untuk Barisan Nasional sehingga ke luar Kuala Lumpur sebelum hari sebenar mengundi pada 5 Mei ini.
"Sekarang saya memang giat berkempen untuk Barisan Nasional kerana BN tetap di hati saya sejak dahulu, kini dan selamanya.
"Sekarang setiap minggu Sabtu dan Ahad, bermula minggu lalu saya sudah mengikut BN untuk berkempen bagi kawasan Bukit Antarabangsa.
"Pada 27 Arpil ini pula saya akan ke Bukit Katil, Melaka untuk membantu berkempen untuk pemimpin BN yang bertanding di sana iaitu Dato' Dr. Hassan Ali.
"Minggu hadapannya pula sebelum PRU 13 saya akan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk ikut berkempen di sana.
"Saya pergi atas jemputan BN dan saya tidak kisah untuk memberikan kerjasama dalam sama-sama berkempen kerana saya sayangkan kerajaan yang ada sekarang," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Sebagai golongan artis di Malaysia, Ziela Jalil memberitahu dia amat bersyukur dengan manifesto yang diberikan kepada penggiat seni tempatan.
"Saya rasa golongan artis di Malaysia sepatutnya perlu bersyukur kerana kerajaan telah banyak membantu dalam menyara hidup dalam bidang seni ini.
"Kami tiada KWSP seperti pekerja lain tetapi diberi kelebihan dan kemudahan lain untuk kami berupaya membeli rumah dan kereta sama seperti pekerja lain," jelasnya lagi.
Antara manifesto Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada golongan artis adalah Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M). KD1M yang sebelum ini diwujudkan untuk polis, tentera dan persara kini juga boleh dimiliki oleh artis-artis tempatan yang berdaftar dibawah Persatuan Seniman mahupun di bawah persatuan berdaftar lain yang berkaitan dengan industri hiburan dan kreatif.
Pemberian tersebut merupakan salah satu daripada empat usul yang telah dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang mewakili para penggiat seni tempatan, dalam satu Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Ikon dan Penggiat Seni Tanah Air bertempat di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya, 17 April lali.
Baca Lagi
0

Bilik Gerakan BN@ Di Jelapang Dilempar Bom Petrol

Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) yang beroperasi di Desa Rishah Indah, dekat Jelapang dilempar dua bom petrol oleh sekumpulan lelaki dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
Perbuatan khianat itu menyebabkan sebahagian bendera yang dipasang di bilik gerakan itu terbakar, kata petugas bilik gerakan itu, Steve Dennis.

Katanya, sebelum ini, tiada kejadian buruk berlaku di pusat gerakan itu selepas dibuka sejak 20 April lalu.

“Ketika kejadian, ada seorang petugas yang sedang tidur di bilik gerakan ini yang kemudiannya dikejutkan oleh seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan bilik gerakan BN sudah terbakar.
“Kami menemui dua bom petrol yang dilempar individu tidak dikenali di tempat kejadian yang menjadi punca sebahagian
bendera BN terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, sebentar tadi.
- berita lanjut menyusul
Baca Lagi

Wartawan RTM mati dipercayai diserang penyokong parti

Kota Bharu 23 April - Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Menurut sumber, seorang lelaki yang berada di pejabat parti Gua Musang itu telah datang ke arah mangsa dan berlaku pertengkaran sebelum beliau ditumbuk.

"Isteri mangsa yang berada di rumah terkejut dengan kejadian itu dan terus menjerit meminta pertolongan, tiga lelaki yang berada di pejabat parti telah datang dan menyuraikan keadaan.

"Mangsa yang lebam di muka kemudiannya di bawa masuk ke rumah dan mangsa kemudiannya meminta ubat daripada isterinya sambil mengadu sakit dada, beliau kemudian di bawa ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis.
 
Baca Lagi