Kalau nak dibanding kan dari segi populariti pula memang tak terbanding
antara Anwar dan Dr Mazlan. Tak ada sesiapa kenal Dr Mazlan sebelum ini
selain daripada beberapa orang Pas di Pulau Pinang yang pernah
bersamanya dulu ketika beliau masih berpandangan bahawa Umno adalah
sebuah tong taik yang kotor.
Tapi baru-baru ini atau lebih tepat lagi semalam aku tengok liputan
mengenai beliau terpampang agak lama dalam TV3. Menemuramah Dr Mazlan
sambil dia bersama dengan Dr Asri, seorang ulama muda yang juga berasal
dari Mengkuang, di daerah yang sama di sana.

Mungkin ada sedikit unsur-unsur menarik perhatian dan menumpang
populariti Dr Asri yang memang dah terkenal lantang di seluruh negara
juga punyai ramai peminat.
Sebenarnya TV3 telah berkempen untuk Dr Mazlan bagi memastikan ramai
orang tua di Permatang Pauh yang tidak pernah tinggal menonton TV3
terutamknya waktu berita utama mengenali calon BN. Dalam bab ini mereka
ada kelebihan kerana orang tua di sana kebanyakannya tak reti baca FB
atau Blog atau twitter.
Bila mereka hanya tonton TV, apa yang dipaparkan adalah BN baik, islamik, hebat, the only one yang mampu tadbir Malaysia.
Sebaliknya, PR atau lebih tepat lagi Anwar Ibrahim adalah perosak
negara, kaki liwat, kaki seks, penipu, janji kosong, pengkhianat negara
dan seribu satu maca lagi perkara buruk yang diketengahkan. Itulah juga
yang masuk ke dalam otak orang tua-tua kampung. Itu realiti dan tidak
boleh dinafikan betapa peranan media sepeti TV3, RTM dan lain-lain
mempengaruhi mereka yang buta IT.
Sepatutnya media tersebut bertindak sebagai lidah rakyat setelah
Parlimen dibubarkan. Tidak ada kerajaan sekarang dan semua benda atau
harta seperti RTM, TV3 perlu memihak pada rakyat dengan menyalurkan
perkara betul dan seimbang.
Mustahil tak ada berita baik tentang Anwar untuk dipaparkan pada rakyat
kerana rakyat berhak tahu semua itu untuk membuat pilihan yang baik demi
negara. Tapi malangnya itu semua tidak berlaku.
Anwar Ibrahim terpaksa keliling negara untuk berkempen bagi pihak
Pakatan Rakyat dan meninggalkan Permatang Pauh sedangkan Dr Mazlan
pusing kampung hari-hari di samping pertolongan segala media yang ada
untuk membantunya.
Keadaan calon DUN pakatan rakyat yang agak lemah bertanding menentang BN
di Permatang Pauh menambahkan lagi kelemahan kempen PRU-13 di sana.
Rakyat kampung banyak yang condong untuk pangkah parti sama dalam
Parlimen atau DUN.
Jika DUN mereka pangkah BN, alamat Parlimen akan dipangkah BN juga. Ini sedikit sebanyak akan menggangu prestasi Anwar di sana.
Anwar memang popular di seluruh negara, tapi antara At Burger berbanding
Anwar di kampung Penanti, lebih ramai yang akan selesa dengan At Burger
kerana bukan saja dia sering melilau naik motor jumla semua orang
kampung, malah dia tak kedekut memberikan bantuan daripada budget
kerajaan yang disalurkan padanya sebelum ini.
Tiada ulasan:
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan