Panas!!! Nasharuddin diminta letak jawatan MP Bachok oleh Pemuda PAS Kelantan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa diminta untuk meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bachok jika terus mahu mengambil pendirian yang bertentang dengan parti tersebut, desak Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily.

Kenyataan daripada DPPNK itu timbul berikutan dengan kenyataan Nasharuddin (gambar) di TV3 yang meminta PAS agar keluar dari Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang Hudud.

Nasharuddin turut dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan ulamak Arab Saudi yang disiarkan oleh TV3 dan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia hari ini.

Najib berada di Mekah untuk menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"DPPNK melihat cadangan beliau (minta PAS keluar dari PR) tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," katanya lagi.

Nasharuddin kecundang daripada jawatan timbalan presiden PAS apabila kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertembungan tiga penjuru antara beliau. Mohamad dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam muktamar agung PAS yang lalu.

Sebelum itu, Nasharuddin bersama-sama dengan Datuk Hasan Ali dilihat sebagai pemimpin yang menjuarai idea menubuhkan kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno.

"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

“Bagi DPPNK, PAS sedikit pun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti,” katanya lagi.

Pilihan raya 2008 adalah pencapaian terbaik bagi PAS selepas bersama-sama PKR dan DAP memenangi 22 kerusi parlimen serta menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah.

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan