Kereta mewah pengiring RM1 JUTA


Masa dulu, kalau nak pergi ceramah saja, mesti naik kereta buruk... bukan setakat buruk, tetapi BURUK NAK MAMPUS! Konon-kononnya sebagai pejuanglah... konon-kononnya sebagai isyarat lebih dekat dengan rakyat marhaein. Dan konon-kononnya pejuang seperti mereka, tidak memerlukan kemewahan dan bukan kemewahan yang dicari.


Tetapi itu dulu... beberapa belas tahun lampau. Sekarang, sudah lain. Masuk ke kampung pun tunjuk hebat dengan MENATANG BERHARGA RM1 JUTA. Punyalah nak menunjuk-nunjuk parking pula betul-betul di hadapan jalan masuk ke lapangan ceramah.


Orang kampung tidak berasa kagum langsung dengan kereta mewah tersebut sebaliknya MELUAT. Dan ianya tidak setakat meluat kepada pemilik kereta berkenaan yang langsung tidak faham tentang hati budi, budaya dan resam penduduk luar bandar.


Agak aneh, mereka sangat terpelajar dengan taktik untuk mengambil hati tetapi apabila lama-kelamaan, mereka mula menunjukkan belang mereka yang sebenar. Amat malang kerana ia tidak memberi imej yang baik kepada parti yang mereka wakili, sebaliknya memberikan impresi yang sangat buruk seolah-olah kedatangan MENATANG BERHARGA RM1 JUTA itu menghina orang kampung yang ingin mendengar ceramah yang hendak disampaikan?


Dalam cerita hebat tentang perjuanganlah, semangatlah, apa balalah, akhirnya yang dipersembahkan kepada penduduk kampung adalah satu kebohongan yang nyata. Yang terpamer di mata orang kampung adalah sebuah kemewahan yang tidak mungkin dapat mereka kecapi. Orang yang datang berceramah itu sebenarnya adalah PEMBOHONG BESAR apabila bercerita tentang perjuangan, sekalipun yang datang bawa kereta mewah itu bukanlah dia, sebaliknya pengiringnya!!! sumber:theflyingkick

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan