0

Kedai facebook-urusniaga di facebook

  Kedai Facebook merupakan aplikasi shopping cart dan checkout yang membolehkan anda mempunyai sebuah kedai online di dalam facebook sendiri. Ianya memudahkan anda dalam melakukan urusniaga di facebook. Ramai di antara kita menjual produk di facebook dengan cara seperti setup fanpage, upload photo ke ruangan photo dan menulis butiran produk serta cara pembayaran di ruangan caption sesuatu photo.

Aplikasi kedai facebook membolehkan pelanggan anda membuat tempahan dengan mudah, hanya pilih produk yang ingin di beli dan add to cart. Anda akan menerima pesanan dengan mudah dan boleh di lihat di ruangan admin yang di sediakan.

Anda boleh lihat dan mempelajarai bagaimana teknik yang di lakukan serta aplikasi yang di gunakan secara percuma.

Bagi mereka yang ingin mendapat lebih informasi iaitu panduan untuk setup kedai facebook, bolehlah memiliki ebook kedai fabebook. Anda akan di ajar secara langkah demi langkah cara-cara untuk membina kedai facebook dengan mudah dan pantas.


Saya telah menilai dan meneliti isi kandungan ebook tersebut dan ianya amat berbaloi untuk di miliki, anda boleh jual produk dropship di Kedai Facebook dengan mudah tanpa anda keluar modal beli produk, tanpa penghantaran dan tanpa simpan stok.

Baca Lagi
0

Taib yakin BN menang dua pertiga

KUCHING: Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula esok dengan anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab
mereka menjelang hari pengundian sebenar tiga hari lagi.

Pengundi pos berjumlah 18,363 daripada 979,796 pemilih berdaftar. Tempoh 72 jam akan datang menyaksikan kempen memuncak tatkala Barisan Nasional (BN) berusaha mempertahankan kawasan yang dikuasai mereka daripada dirampas pembangkang yang diterajui parti berpangkalan di Semenanjung - DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya negeri Sabtu ini kerana kawasan-kawasan Bumiputera tetap bersama kerajaan. Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata beliau juga nampak perubahan dalam sokongan daripada pengundi Cina di beberapa kawasan yang dikatakan "hitam" kerana kalangan pengundi Cina, yang berusia 35 tahun ke atas berpendapat
masyarakat itu perlu ada wakil dalam kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN pusat dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan meneruskan kempen mereka di kawasan masyarakat Dayak di pedalaman dan kawasan bandar majoriti kaum Cina. Kedua-dua mereka mempunyai program berasingan di Miri di mana Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), parti yang mewakili kaum Cina dalam komponen BN negeri,
terbabit dalam pertandingan dengan DAP di kerusi-kerusi majoriti kaum Cina. Antara kawasan berkenaan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri Piasau yang akan dipertahankan oleh Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan.Perdana Menteri juga dijadual melawat Sibu sebelum kembali ke Kuala Lumpurpada Jumaat.

Sementara itu, Parti Cinta Malaysia (PCM), yang julung kali bertanding dalam pilihan raya negeri dengan meletakkan 10 calon, mengingatkan rakyat Sarawak akan bahaya yang menanti mereka sekiranya mereka mengundi pakatan pembangkang DAP,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Naib Presiden PCM yang berpangkalan di Pulau Pinang, Huan Cheng Guan berkata jika pakatan pembangkang mengambil alih Sarawak, mereka akan bawa masuk orang mereka dari Semenanjung ke Sarawak untuk 'cari makan'".Beliau berkata DAP telah berbuat demikian di Pulau Pinang apabila mereka mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 2008 dan telah memberi layanan buruk kepada penduduk negeri itu. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh berkata sebanyak 250 lagipermit ceramah dikeluarkan dalam tempoh 24 jam lepas dan beliau sekali lagi
mengingatkan parti-parti agar tidak menyentuh soal sensitiviti kaum. -- BERNAMA
Baca Lagi
0

Pemilik sebenar Jam Tangan Omega


Kalau baca kat laporan Portal Bernama Online, pihak Polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam omega yang dipopularkan gerombolan songkok tinggi kepada kepada syarikat yang mengedarkannya dengan tujuan untuk mengesan siapakah pemilik jam tersebut. Berita ini sudah disiarkan sejak 11 April 2011, iaitu semalam di Portal Bernama, malah turut sama disiarkan oleh portal-portal berita lain seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider [Bernama].
Persoalannya di sini, bagaimanakah Polis memperolehi kad pendaftaran jam Omega tersebut? Bukankah kad pendaftaran seperti ini diperolehi semasa jam Omega tersebut dibeli? Secara logiknya, pihak Polis telah menerima kad pendaftaran jam ini daripada Dato T. Maka persoalan yang lebih penting ialah, dari mana Dato T dapat kad pendaftaran jam Omega tersebut?

Sebelum ini Dato T kata dia menemui CCTV rakaman video lucah lelaki mirip Anwar Ibrahim semasa mencari jam Omega apabila disuruh oleh Anwar. Kemudian dia mendakwa memperolehi jam Omega tersebut daripada pelacur yang telah mengambilnya. Bagaimanakah pelacur tersebut boleh memberikan jam Omega beserta kad pendaftarannya sekali?

Adakah Anwar membawa kad pendaftaran jam Omeganya ke hulu ke hilir setiap hari?
Rasanya macam kita ini diperbodohkan sahaja "Satu persatu cerita bodoh ini akan terkantoi seperti cerita-cerita bodoh yang lain". Sungguh menghina mindaku.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/jam-omega-sebenarnya-milik-dato-t.html#ixzz1JNXfwRLt
Baca Lagi
0

Keluarga nafi video sex babitkan anwar

KENYATAAN MEDIA

5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

NURUL IZZAH ANWAR
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai

Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim
Baca Lagi
0

'kartun lucah' Izzah buat laporan polis

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah komik yang memaparkan kartun lucah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai aksi.

Menurut Nurul Izzah, komik 16 halaman bertajuk "Kisah Juara Raja Lawak" yang mempersendakan Anwar - yang juga bapanya - dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang ini.

Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.

Dalam aduannya, Nurul Izzah berkata pengedaran komik tersebut adalah satu kesalahan mengikut seksyen 292 dan 499 Kanun Keseksaan.

"Pengedaran pamplet lucah adalah satu kesalahan di bawah seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjaara tiga tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya.

NONE"Dan juga seksyen 499 yang boleh dihukum di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Nurul Izzah mengesyaki komik tersebut dihantar melalui pos kepada lebih ramai lagi pengundi baru di kawasan parlimennya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat aduan beliau "dengan pantas, adil dan menyeluruh".
Katanya, ia bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab bermain politik lucah di bawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Ditanya selepas itu, bila dan bagaimana beliau mendapatkan komik tersebut, Nurul Izzah berkata, beliau menerimanya semalam daripada seorang pengundi baru.

Menjawab soalan, Nurul Izzah berkata, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi yang menerima komik tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Nurul Izzah menggesa semua pimpinan politik - tidak mengira parti mereka - supaya mendokong sebuah politik baru yang menolak politik fitnah atau lucah.

Katanya, politik tersebut menghancurkan nilai integriti dan manusiawi.

"Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan memepertahankan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat," katanya.

Nurul Izzah bagaimanapun enggan menunjukkan kandungan komik itu kepada pemberita, kerana tidak mahu pihak dituduh "mempromosikan gambar lucah".

Dalam laporan polisnya itu, Nurul Izzah turut menggesa polis menyiasat empat aduan polis bapanya berhubung dakwaan salahguna kuasa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohomad dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim - bekas pegawai penyiasat tragedi mata lembam Anwar - kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

Laporan polis itu bertarikh antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999.
Baca Lagi
0

Chegubard Cuba Untuk Selamatkan Anwar


Siapalah yang nak pertahankan anwar di saat genting macam ni, banyak kawan-kawan anwar gelak sampai guling-guling bila video lucah tu di pertontonkan kepada media, malah johari abdul sendiri melompat-lompat dan menghentak kaki mengesahkan yang porn star dalam video itu adalah bossnya.

Hari ini chegubard tampil untuk membela anwar, kata mamat sengal tu, dia yakin orang dalam video tu bukan anwar, soal aku? macam mana dia yakin orang dalam video tu bukan anwar, sedangkan dia sebenarnya (baca: dia sebenarnya) tak pernah tengok pun video tu, dia kata dia dah tengok video tu, sebenarnya chegubard membohong je.

Menurut sumber, betul chegubard ada berjumpa datuk eskay, tapi bukan lah datuk eskay nak bagi dia copy video tu, sebaliknya dia datang jumpe datuk eskay untuk mengcopy video tu untuk tontonan wan azizah dan di ceritakan kepada aku, datuk eskay tak benarkan dia copy, sumber kata lagi, datuk eskay offer dia untuk tengok je, tapi copy tak boleh, tapi chegubard tolak pelawaan datuk eskay tu, malah wan azizah juga di offer untuk tengok video tu.

Jadi macam mana chegubard kata dia yakin orang dalam video tu bukan anwar? dia bukan tengok lagi pun video tu, nampak sangat dia membohong. malah semua wartawan, johari abdul dan zaid ibrahim kata pron star itu adalah anwar, macam mane pulak kutu sorang ni kata itu bukan anwar...
Baca Lagi