62 pegawai Jabatan Kastam ditahan dalam ‘Operasi 3b’

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi ‘Operasi 3b’ setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta,” katanya.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata, operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang. - Bernama

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan