1 juta lebih laman web telah diserang


HHRS 2.0 - Diketahui sebanyak satu juta lebih laman web telah diserang, bahkan serangan tersebut merupakan serangan terbesar yang pernah terjadi. Hal ini telah dikesan oleh pihak Websense, dan dikenali dengan nama LizaMoon dan laman-laman web yang diserang merupakan laman-laman kecil. Para penyerang menggunakan cara yakni dengan menyuntikkan kod-kod pengaturcaraan yang mengarahkan para pengguna menuju halaman jualan software palsu.

Pakar keselamatan yang dikutip dari Reuters, Sabtu (2/4/2011), menyebut serangan ini sebagai 'mass injection', dan tercatat sebagai serangan terbesar yang pernah ada untuk versi ini.

Websense, pihak yang mengesan serangan massa tersebut di awal minggu lalu menyebut aksi ini sebagai 'LizaMoon'.

Senior Manager lembaga penyelidikan keselamatan Websense, Patrik Runald, mengatakan pengguna akan melihat bahawa telah di-redirect ketika mereka cuba mengakses laman web yang telah dijangkiti tersebut.

Namun setakat ini, mereka yang menjadi sasaran serangan dilaporkan masih sebatas laman-laman kecil. Belum dijumpai laman popular milik syarikat atau kerajaan yang jadi korban.

Tidak dijelaskan dengan jelas siapa pelaku atau dari mana asal serangan ini, yang pasti mempunyai motif berkaitan wang.

"Serangan seperti ini akan bertahan dalam jangka masa yang lama. Sekali mereka masuk, maka akan tetap bertahan dengan kita. Serangan LizaMoon ini tidak akan hilang dalam satu hari," tegas Runald. (detik.com)

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan