Air Sungai Kinta Naik Mendadak secara Luar Biasa

 


Jambatan Ke Kg Pisang yang hampir roboh


Air di Sungai Kinta naik secara mendadak terlalu luar biasa sehingga beberapa minit sahaja memenuhi kawasan sekitar Sungai Kinta.

YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat dan Pegawai Daerah Kinta Datuk Jumry turun padang melawat kawasan kejadian.

Difahamkan jambatan ke Kampung Pisang rosak teruk akibat dipukul arus air yang terlalu deras dan menyebabkan jambatan tersebut retak dan hanya menunggu runtuh sahaja.

Justeru itu YB Dato Hamidah mengarahkan pihak JKR dan pihak Majlis Keselamatan Negara memastikan jambatan tersebut tidak dilalui oleh orang ramai.

Pada malam ini Pegawai Daerah akan mengadakan mesyuarat khas di Pejabat Tanah dan Daerah Batu Gajah bagi membincangkan prosedur seterusnya yang akan dilakukan untuk menangani bencana ini.

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan