
Setelah 18 hari rakyat Mesir berhimpun untuk singkirkan Presiden mereka, Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman. Pengumuman Mubarak itu nyata telah menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan juga umat islam di serata dunia.Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.
Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.
Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Jelas bahawa kuasa rakyat telah membuktikan bahawa kuasa mereka, kuasa keramat. Tanggal 11 Februari 2011, mencatatkan kuasa rakyat mampu menumbangkan sesebuah kerajaan yang diktator. Mungkin kebetulan, tarikh 11 Februari ini turut mencatatkan kejayaan rakyat dalam Revolusi Iran (11 Februari 1979) dan juga pembebasan Nelson Mendela pada 11 Februari 1980 selepas puluhan tahun dipenjara.
Apapun jelas di sini bahawa kuasa rakyat terserlah dalam Revolusi di Mesir yang sebelum ini dicetuskan di Tunisia. Penyertaan mereka dalam demokrasi tempang di Mesir selama 30 tahun, nyata tidak berhasil. Maka sebablah itu rakyat Mesir bangkit di jalanan dan bertindak melawan diktator itu secra kekerasan sepertimana diperkatakan oleh John F. Kennedy, Presiden US ke 35 bahawa revolusi secara keamanan (pilihanraya) yang mustahil akan membuatkan revolusi secara kekerasan dan ia tak dapat dielakkan.
Revolusi ini juga dibina di atas ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan.
Diharapkan pihak tentera akan mempercepatkan usaha pemulihan demokrasi terutamanya bagi melangsung proses pilihan raya adil dan bebas bagi memilih tampuk kepempimpinan yang baru.
Semoga segalanya berjalan lancar selepas ini. Biar rakyat mesir menentukan untung nasib dan masa depan mereka sendiri, serta tidak lagi terkongkong di bawah pengaruh Amerika Syarikat dan cengkaman Israel. Mesir yang ditawan Hosni Mubaak dan regim nasionalis-sekularis-zalim selama lebih 60 tahun itu mesti dikembalikan kepada warganya sendiri.
Tiada ulasan:
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan