PRK Tenang-Lagi Taktik Kotor Dikesan+Minta Kad Pengenalan,Tipu Bantuan

PRK Tenang




LABIS 23 Jan – Bantuan kebajikan menjadi modal kepada petugas pembangkang untuk memperdayakan pengundi warga emas dan suri rumah supaya menyerahkan kad pengenalan mereka.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbuatan pembangkang itu adalah untuk menghalang mangsa terbabit daripada keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

“Mereka ini akan pergi dari rumah ke rumah, mangsa mereka warga emas dan suri rumah, lepas itu minta kad pengenalan untuk beri bantuan, bantuan akan dihantar lepas hari mengundi.

“Saya nak ingatkan, jangan percaya dengan janji-janji mereka, mereka ni tidak ada kapasiti pun dan yang membantu ialah pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan kita serah kepada JKM buat ‘survey’ tanpa ambil kad pengenalan mereka,” katanya selepas mengadakan ceramah di Kampung Tenang, malam tadi.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh petugas pembangkang itu adalah suatu perkara berunsur jenayah kerana memiliki kad pengenalan orang lain dengan tujuan yang tidak diketahui.

Beliau berkata, perkara itu diketahui hasil laporan petugas Barisan Nasional (BN) dan dikatakan mulai disedari sejak lepas pencalonan dan berlaku di kampung tradisional dan Felda.

“Perbuatan itu boleh dianggap sebagai unsur jenayah dan boleh merosakkan kempen yang berjalan ketika ini, dan satu kesalahan dalan pilihan raya, mana orang bila simpan kad pengenalan orang lain.

“Yang peliknya, bantuan itu diberi lepas pilihan raya, lepas hari mengundi (30 Jan) nanti, mengapa lepas mengundi, ini yang peliknya, takut nanti lepas mengundi mereka pun hilang, kad pengenalan pun terus hilang,” katanya.

Zahid menasihatkan pengundi bahawa ketika musim pilihan raya, pelbagai helah dan muslihat dilakukan oleh pembangkang untuk memperdayakan pengundi perlu berhati-hati dengan taktik berkenaan.

Beliau menyifatkan pembangkang sudah ketandusan modal dan isu untuk digunakan ketika berkempen dan cuba menggunakan cara lain dengan menipu rakyat kononnya mereka bakal menerima bantuan. -MediaUMNO

Dicatat oleh YEOP PARIT

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan