
Paku karat jangan dibuang merata-rata, kalau bukan kita sendiri yang kena, kasihan jugak pada kawan-kawan yang lain. Sedih dan geram sebenarnya bila melihat paku-paku karat ini bertebaran di merata tempat. Kalau kita dan rakan-rakan memandu kereta, pasti paku-paku karat ini menjadi musuh utama.
Apa tidaknya, bayangkan, perjalanan yang biasanya kita boleh lakukan dalam hanya 30 minit, menjadi 2 jam dek kerana terpaksa menggantikan tayar yang bocor akibat tertusuk paku karat tadi. Mangsanya penumpang dan pemandu keretalah. Kerja yang amat mustahak perlu disiapkan menjadi lambat, perluang perniagaan mungkin terlepas dan kawan mungkin boleh hilang.
Alhamdulillah la kalau tayar, bayangkan kalau yang kena tu adalah tapak kaki seorang pemimpin, huru-haralah orang-orang dibawahnya.
Ya kita akui, kadang-kala pemandu kereta mungkin melakukan kesilapan ketika memandu. Dalam satu keadaan, padanya jalan dihadapan pusat hiburan menjadi pilihan, mungkin kerana jalan itu paling baik kerana penumpangnya agak gayat jika melalui jalan berbukit, tak seperti penumpang kita yang kalau kereta itu terbang pun, mereka masih tersenyum.
Maka, janganlah berperilaku zalim. Jika kita merasakan jalan dihadapan pusat hiburan itu sememangnya tidak patut langsung dilalui, tegurlah pemandunya dengan baik. Atau bantu penumpang dan kereta tadi untuk melalui jalan yang berbukit yang kita rasakan paling baik untuk dilalui oleh kita dan semua orang.
Menabur paku dijalanan hanya untuk menggagalkan dan melambatkan kereta tersebut adalah sangat-sangat tak patut dilakukan, andai kita akui, kita adalah kawan mereka, aqidah kita dan mereka adalah satu dan kita dari kumpulan yang sama.
Awas si penabur paku, seandainya kamu adalah punca sebuah kereta gagal sampai ke tujuannya yang kamu tahu adalah tujuan yang baik, dan sebenarnya sama juga seperti tujuan kamu, sediakan jawapan terbaik untuk dijawab dihadapan Allah SWT.
Tiada ulasan:
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan