Live dari Tenang - Hujan menyukarkan pengundi keluar awal

Live dari Tenang - Hujan menyukarkan pengundi keluar awal


Live dari Tenang - Hujan menyukarkan pengundi keluar awal


Live dari Tenang - Hujan menyukarkan pengundi keluar awal


Proses pengundian N05 DUN Tenang bermula jam 8.00 pagi di mana semua peti undi telah dibuka kepada 14,511 orang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih calon samada dari BN Sdr Azahar Ibrahim atau PAS Cikgu Mala .

Hujan lebat pagi ini sejak semalam lagi di Tenang sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan pengundi untuk keluar mengundi .

PAS yakin jika hanya 75 % sahaja peratusan pengundi yang keluar , maka mereka mempunyai harapan cerah untuk melakukan kejutan . Manakala BN perlukan peratusan keluar mengundi lebih 80 % bagi memenangi majoriti lebih besar berbanding PRU 12 .


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR juga katanya sudah mengambil langkah awal bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam 3, Pasukan Bomba dan Penyelamat, pihak polis dan juga Majlis Daerah Labis sekiranya banjir berlaku di kawasan mengundi.

Beliau juga masih optimis, sasaran 80 peratus pengundi akan keluar melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak lima hari yang lalu di Tenang.

Menjelang hari pengundian hari ini, 12 pusat membuang undi di Dun Tenang dibuka di Unit Peti Undi Kampung Redong, Air Panas, Labis Utara, Labis Timur, bandar Labis Tengah, Bandar Labis, Felda Tenang, Kampung Sawah Baru, Tenang Station, Ladang Bukit Dato', Felda Chempelak Barat dan Felda Chempelak.

14,753 pemilih berdaftar diingatkan membawa bersama kad pengenalan masing-masing semasa membuang undi.

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan