Amoi kebal tawar khidmat seks

Amoi kebal tawar khidmat seks


Serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu terutama wanita warga asing untuk terus menawarkan khidmat seks.

Pendedahan media mengenai kegiatan maksiat di lokasi tertentu di ibu negara yang menjadi lubuk perkhidmatan seks juga tidak memberi kesan dan kegiatan itu seperti kebal daripada tindakan pihak berkuasa. Tinjauan Metroplus di Wisma Indah, Jalan Cochrane, di sini, baru-baru ini, mendapati masih ada lagi pelacur asing dan tempatan berkeliaran walaupun kawasan berdekatan dengan bangunan berkenaan baru saja diserbu polis dan beberapa wanita dipercayai pelacur warga China diberkas.


Pelacur terutama warga China berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an dikesan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi hingga larut malam setiap hari dan menawarkan khidmat seks dengan harga RM60 di bangunan tujuh tingkat itu. Mereka dilihat menunggu di kaki lima bangunan berhampiran laluan ke lif dan menjadikan lelaki yang lalu-lalang serta orang ramai yang berurusan di beberapa premis perniagaan di tingkat bawah bangunan terbabit termasuk pelanggan di dua bank di situ.





Tinjauan mendapati tidak kurang 10 pelacur dipercayai dari China dan beberapa wanita tempatan serta golongan mak nyah yang kebanyakannya berpakaian seksi. Lelaki yang berminat untuk melanggan khidmat mereka kemudian akan dibawa ke aras tertentu bangunan berkenaan yang menempatkan rumah sewa pelacur berkenaan. Dipercayai terdapat lebih daripada tiga rumah yang dijadikan sarang pelacuran dan semuanya di tingkat berlainan.


Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, kegiatan tidak bermoral itu serta mencemar keharmonian kawasan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan mereka bertindak semakin berani menawarkan khidmat seks pada waktu siang terutama pada hujung minggu. Menurutnya, wanita warga asing itu tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan, sebaliknya hanya memaklumkan harga perkhidmatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan isyarat tangan.


“Setiap lelaki yang melintas di depan mereka akan disapa dengan pertanyaan ‘massage sir, 60 dollar’ (urut encik, 60 ringgit) dan ditarik tangan supaya mengikut mereka menaiki lif. Bagi lelaki yang inginkan seks akan terus mengikut dan ada juga yang tawar menawar harga.

KUALA LUMPUR: Serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu terutama wanita warga asing untuk terus menawarkan khidmat seks.

Pendedahan media mengenai kegiatan maksiat di lokasi tertentu di ibu negara yang menjadi lubuk perkhidmatan seks juga tidak memberi kesan dan kegiatan itu seperti kebal daripada tindakan pihak berkuasa. Tinjauan Metroplus di Wisma Indah, Jalan Cochrane, di sini, baru-baru ini, mendapati masih ada lagi pelacur asing dan tempatan berkeliaran walaupun kawasan berdekatan dengan bangunan berkenaan baru saja diserbu polis dan beberapa wanita dipercayai pelacur warga China diberkas.


Pelacur terutama warga China berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an dikesan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi hingga larut malam setiap hari dan menawarkan khidmat seks dengan harga RM60 di bangunan tujuh tingkat itu. Mereka dilihat menunggu di kaki lima bangunan berhampiran laluan ke lif dan menjadikan lelaki yang lalu-lalang serta orang ramai yang berurusan di beberapa premis perniagaan di tingkat bawah bangunan terbabit termasuk pelanggan di dua bank di situ.

Tinjauan mendapati tidak kurang 10 pelacur dipercayai dari China dan beberapa wanita tempatan serta golongan mak nyah yang kebanyakannya berpakaian seksi. Lelaki yang berminat untuk melanggan khidmat mereka kemudian akan dibawa ke aras tertentu bangunan berkenaan yang menempatkan rumah sewa pelacur berkenaan. Dipercayai terdapat lebih daripada tiga rumah yang dijadikan sarang pelacuran dan semuanya di tingkat berlainan.


Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, kegiatan tidak bermoral itu serta mencemar keharmonian kawasan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan mereka bertindak semakin berani menawarkan khidmat seks pada waktu siang terutama pada hujung minggu. Menurutnya, wanita warga asing itu tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan, sebaliknya hanya memaklumkan harga perkhidmatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan isyarat tangan.




“Setiap lelaki yang melintas di depan mereka akan disapa dengan pertanyaan ‘massage sir, 60 dollar’ (urut encik, 60 ringgit) dan ditarik tangan supaya mengikut mereka menaiki lif. Bagi lelaki yang inginkan seks akan terus mengikut dan ada juga yang tawar menawar harga.

“Terdapat juga pelacur yang menawarkan diskaun jika ada lelaki yang berminat untuk melanggan mereka dua orang, sekali gus dan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM100, ” katanya.


Menurutnya lagi, bilangan pelacur tempatan di kawasan itu tidak ramai, hanya dua atau tiga orang saja dan ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah di bangunan berkenaan serta tidak dapat bersaing dengan pelacur asing. “Golongan mak nyah turut mencari pelanggan di kawasan ini, namun mereka menjadikan lorong belakang di bangunan bertentangan dengan wisma ini bagi menjalankan kegiatan mereka itu.


“Kami sudah tidak boleh tahan dengan semua aktiviti maksiat ini, walaupun pihak berkuasa pernah menyerbu kawasan ini, namun kegiatan ini seperti sukar dihapuskan kerana rumah yang menjadi sarang pelacuran itu sukar dikesan dan sentiasa dikawal rapi,” katanya.


Tinjauan selama beberapa hari di kawasan itu, turut mendapati beberapa lelaki kelihatan berkawal setiap kali pelacur berkenaan mencari pelanggan di kaki lima. Mereka dilihat memerhatikan setiap gerak geri wanita jagaan mereka itu.

mymetro.....

Tiada ulasan:

- Gunakan lah ruang komen dengan sebaik-baiknya
-WARNING
-Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan